Pages

Showing posts with label Kemaman kiter. Show all posts
Showing posts with label Kemaman kiter. Show all posts

Monday, June 28, 2010

Tempat Menarik di Kemaman


Lokasi penginapan di sekitar daerah kemaman..

Anda jangan bimbang jika berkunjung ke Daerah Kemaman, banyak hotel barget di sekitar daerah ini. Harga yang berpatutan dan keselamatan terjamain.

Kerteh Lodge
Blok 2-4, Bandar Baru Kerteh,
24300 Kerteh, Kemaman,
Telephone No: 09-8264307 / 09-8265307
Fax No : 09-8263452

new sri Buana HOTEL
No. K-293,
Jalan Abdul Rahman,
24000 Kemaman.
Telephone No: 09-8592706
Fax No:09-8593575
No of Rooms: 19

Murni hotel
K-312, Jalan Che Teng,
24000 Kemaman.
Telephone No: 09-8592366 / 86
Fax No: 09-8591842

Tiara hotel
K 323,355, 1st -3rd Floor,
Jalan Kg. Tengah,
24000 Kemaman.
Telephone No: 09-8591802 / 09-8592236
Fax No: 09-8597720

Marina HOTEL
K 307 – 308,
Jalan Che Teng,
24000 Kemaman.
Telephone No: 09-8591241 / 016-9508387
Fax No: 09-8593857

wawasan @ wali hotel
K 151 Jalan Sulaimani,
24000 Kemaman.
Telephone No: 09-8594628
Fax No: 09-8591278

Seaview Hotel (Rivergarden)
K 114 Jalan Sulaimani,
24000 Kemaman.
Telephone No: 09-8596337 / 09-8596322
Fax No: 09-8596323

Saturday, June 26, 2010

Tempat Menarik di Kemaman

PASAR BINJAI@ BINJAI SOUQ



Pasar Binjai merupakan salah satu pasar yang dibina oleh penduduk Kampung Binjai untuk menjalankan perniagaan kepada penduduk setempat, dengan bantuan kerajaan, pasar ini dibina dengan bangunan konkrik yang baru bagi menghargai usaha penduduk tempatan yang gigih untuk berniaga. Bangunan ini dibina dua bahagian iaitu bahagian pasar basah dan pasar kering. Namun setakat ini, hanya pasar basah yang berada dibahagian belakang yang dibuka bagi peniaga menjalankan perniagaan menjual hasil laut dan barang keperluan untuk memasak dan buah buahan. dibahagian luarnya pula, para pengunjung dapat membeli pelbagai kueh muih dan makanan dengan harga yang berpatutan.






Pasar Binjai amat popular di Kemaman.Pasar petang ini memudahkan para pekerja yang tidak sempat mendapatkan bahan dapur di pasar pagi di Bandar Kemaman.
Pasar ini amat sibuk menjelang bulan Ramadhan kerana terdapat bazar yang dibina disini yang menyediakan juadah berbuka puasa.








Tempat Menarik di Kemaman

PUSAT MEMBELI BELAH

Centre POint Kemaman
Kemaman Centre pont sangat popular di kemaman, walaupun bangunan ini agak muram, tetapi orang kemaman gemar datang ke sini untuk mendapatkan keperluan harian mahupun berhibur.

Dalam kompleks membeli belah ini terdapat sebuah pasaraya yang agak besar iaitu The Store, segala keperluan harian dan alat alatan boleh didapati disini, kompleks ini meriah terutama dimusim perayaan dan musim cuti sekolah kerada lokasinya sangat stategik kerana berada di tengah tengah bandar kemaman.
kalo anda datang ke bandar kemaman untuk membeli belah, tidak lengkap kalo anda tidak singgah disini.








Casa Limbong Kemaman

Casa Limbong merupakan salah satu bangunan dua tingkat yang dibina oleh Majlis Perbandaran Kemaman(MPK) bagi menempatkan golongan bumiputera menjalankan perniagaan.
boleh dikatakan disni kebanyakkan lot lot kedai disewa oleh orang melayu..






Tempat Menarik di Kemaman

MEMBELI BELAH

Mesra Mall, Kerteh

Kemudahan Kompleks Membeli Belah, Pasaraya, Kafe & Restoran, Panggung Wayang, Bowling,Gelanggang Futsal, Gelanggang Squash Dan Bank .
mesra mall merupakan salah satu pusat membeli belah yang terkini dan termoden di Terengganu.



Bagi saya, reka bentuk bangunan ini hanya setingkat memudahkan dan memberi keselesaan kepada golongan OKU dan warga emas. Disamping itu juga, kompleks membeli belah ini mempunyai lanskap taman luas yang terbuka dan menarik serta kehijauan agak mententeramkan jiwa..

Kompleks membeli belah moden ini juga mempunyai ruang yang agak luas dan terus terang saya katakan, konsep kompleks ini sangat selesa dan agak santai, tidak seperti sesetengah kompleks membeli belah yang berada dimalaysia agak padat.
Walaupun tidak terdapat banyak lot lot kedai di dalam kompleks ini, tetapi boleh dikatakan cukup dan sempurna dengan kehendak masyarakat setempat..

kompeks membeli belah ini juga menjadi salah satu tempat salah satu acara acara seperti roadshow Anugerah Bintang Popular, THR Tour, SIR "spell it right" dan lain lain lagi. Saya secara jujurnya sangat bangga dengan kewujudan kompleks ini di Kemaman kerana ini menjadikan Kemaman semakin maju..
cayalah!!!







Tempat Menarik di Kemaman

PANTAI

Pantai Telaga Simpul, Teluk Kalong Kemaman

pantai nie memang sesuai untuk berkelah bersama keluarga, kaki pancing juga boleh memancing disini kerana pantai ini mempunyai batu batu yang besar sesuai menjadi port memancing..tapi kalo nak mandi tu, tak digalakkan sangat disini..







Pantai Kemasik, Kemaman

Panati Kemasik ni bagi saya sangat cantik, kalo berada diatas jalanraya 'on the way' ke Kerteh atau ke Chukai, memang nampak dari atas kenderaan.. ini kerana pantai ni kurang pohon pohon rhu yang rendang dan besar...









Sebenarnya banyak lagi pantai yang menarik di daerah kemaman, antaranya lagi ialah

PANTAI CAGAR HUTAN
TELUK AIR TAWAR
KUALA KERTEH
TANJUNG KEASIK
BUKIT TAMPIN
PENUNJUK
TELUK PUCHONG
kalo korang ada masa.. cubalah pergi pantai yang disebutkan tadi k..enjoy!!

Tempat Menarik di Kemaman

Pantai Teluk Mak Nik, Geliga Kemaman
nama komersial adalah MONICA BAY.
mat salleh gitu..huhu





gambar kitorang buat reunion kat pantai mak nik..
happy sangat sangat!!





Tempat Menarik di Kemaman

PUSAT PENERANGAN & PENETASAN PENYU
PANTAI MA' DAERAH











Tempat Menarik di Kemaman

HOTEL & RESORT

Strawberry Park Teluk Senanjang
PENGINAPAN, RESTORAN
HOTEL 315 BILIK






Awana Kijal & Beach Resort
HOTEL 343 BILIK, PANGSAPURI, RESTORAN, PADANG GOLF







Tempat Menarik di Kemaman

Kelip-kelip di Sungai Yak Yah
Melihat habitat spesis Kunang-kunang yang terbesar di Malaysia pada waktu malam.





Tempat Menarik di Kemaman

AIR TERJUN

Air Terjun Jeram Tanduk-AIR PUTIH






Air Terjun Menderu-KERTEH









Air Terjun Penitih- SERI BANDI