PASAR BINJAI@ BINJAI SOUQ
Pasar Binjai merupakan salah satu pasar yang dibina oleh penduduk Kampung Binjai untuk menjalankan perniagaan kepada penduduk setempat, dengan bantuan kerajaan, pasar ini dibina dengan bangunan konkrik yang baru bagi menghargai usaha penduduk tempatan yang gigih untuk berniaga. Bangunan ini dibina dua bahagian iaitu bahagian pasar basah dan pasar kering. Namun setakat ini, hanya pasar basah yang berada dibahagian belakang yang dibuka bagi peniaga menjalankan perniagaan menjual hasil laut dan barang keperluan untuk memasak dan buah buahan. dibahagian luarnya pula, para pengunjung dapat membeli pelbagai kueh muih dan makanan dengan harga yang berpatutan.
Pasar Binjai amat popular di Kemaman.Pasar petang ini memudahkan para pekerja yang tidak sempat mendapatkan bahan dapur di pasar pagi di Bandar Kemaman.
Pasar ini amat sibuk menjelang bulan Ramadhan kerana terdapat bazar yang dibina disini yang menyediakan juadah berbuka puasa.
No comments:
Post a Comment