Pages

Showing posts with label makanan kiter. Show all posts
Showing posts with label makanan kiter. Show all posts

Tuesday, June 29, 2010

Nasi Lemak

NASI LEMAK CARA KITA




Nasi lemak merupakan juadah makanan harian antara yang paling digemari oleh masyarakat Malaysia hari ini.. tak kiralah pelbagai kaum, semua meminati nasi lemak.. kalau di Kuala Lumpur, Nasi Lemak Antarabangsa adalah nasi lemak yang paling popular disana, pelbagai lauk pauk yang disediakan seperti sambal kerang, sambal rendang, ayam goreng dan sebagainya menjadi pelengkap nasi lemak disana.





Berbeza dengan nasi lemak di Terengganu, nasi lemak yang paling sedap dan sesuai dimakan bersama “ikan aya” atau dikenali sebagai ikan tongkol, inilah nasi lemak cara Terengganu, sesuai dimakan pada waktu sarapan pagi dan waktu makan malam.. ini kerana Terengganu kaya dengan hasil laaut seperti ikan, maka tidak hairanlah ikan antara lauk menu makanan masyarakat Terengganu.







Mengimbau kembali pengalaman berada di negeri orang, saya makan nasi lemak, tetapi rasa macam tidak lengkap nasi lemak tersebut.. saya cari, di manakah kekurangan tersebut, rupa rupanya nasi lemak tidak dihidangkan sekali dengan ikan tongkol, hairan dibuatnya, biasanya kalau makan nasi lemak mesti ada ikan tongkol.. lama kelamaan saya faham.. tak semua tempat nasi lemaknya di makan dengan ikan, hanya di Terengganu saja masyarakatnya makan nasi lemak dengan ikan tongkol, saya bagi tahu rakan yang berasal dari Klang, di kata agak pelik nasi lemak dimakan dengan ikan.. ni la dikatakan perbezaan cara penyediaan makanan. Masyarkat di negeri luar lebih gemar makan nasi lemak dengan ayam goreng, pelbagai sambal udang mahupun sotong dan telur mata.. maka tidak hairanlah nasi lemak tersebut boleh mencapai harga lebih daripada RM5.00. berbeza dengan masyarakat Negeri Terengganu hanya makan dengan ‘simple’.
Saya bukan nak kata Terengganu bagus atau tempat lain tak bagus. Tapi saya hormati perbezaan yang terdapat dalam menu nasi lemak.. Inilah cerita nasi lemak saya…


kuih muih kiter

Masyarakat Terengganu memang kreatif, terutama air tangan mereka. tidak hairanlah jika di terengganu terdapat pelbagai kuih mueh yang enak enak boleh didapati disini.


Masyarakt Melayu disini memang gemar melibatkan diri dalam penyedian kuih muih tradisional tersebut. Ini kerana sesetengah golongan masyarakat melayu menjadikan pembuatan kuih muih ini sebagai sumber pendapatan kepada keluarga mereka terutama golongan wanita yang memnbantu suaminya menambahkan pendapatan mereka..(jangan anggap wanita kelantan je yang minat meniaga atau membantu suami mereka, wanita terengganu ni rajin jugak tau...) maka tidak hairanlah pelbagai juadah kuih muih boleh didapati disini pada waktu pagi dan pada waktu petang..

Jika kita lihat kebannyak kuih kuih yang terdapat disini kebanyakkan kuih yangdisediakan banyak yang rasanya manis, maklumlah masyarakat kita suka makan makanan yang manis....


Dipendekken cerita, kali ini saya ingin menunjukkan kepada anda beberapa jenis kuih mueh yang terdapat di negeri terengganu yang tidak didapati di negeri negeri lain di malaysia.. jomm...


akok/akak.. biasenye orang terengganu makan pada waktu petang, kalau ada kenduri arwah, ada gak yang makan pada waktu malam







ni kuih bakar gak..



ni kueh haji serban, manis sangat rasanya.Diperbuat dari beras pulut




ni kuih tepung pelita, pekat manis santa rasanya



ni nekbab orang terengganu panggil, manis, makan dengan sira air gula.. kuih ni kebanyakkan orang makan masa berbuka puasa.



nama KIV dulu



ni lemang, bukan waktu nak raya je nak makan lemang nie..


ni Dodol Terengganu, bungkus dalam daum palas, rasanya manis sangat sangat..




Ni "kerepek ninja".. maaf ya, ni bukan kuih, ni kerepek sesuai dimakan pada waktu petang..



Ni apam kuah.. selalunya masyarakat terenganu makan pada waktu pagi dan petang..
berwarna warni..



Ni ketupat segi tiga, jangan ingat ketupat ni orang makan pada hari raya je.. hari biasa pun boleh makan..

Saturday, June 26, 2010

Ketupat Sotong





CARA PENYEDIAAN

BAHAN-BAHAN:

8 ekor sotong

1 tin beras pulut

70 gm gula melaka

2 cawan santan

Sedikit garam

Sedikit lidi kelapa


CARA MENYEDIAKAN:

1) Bersihkan sotong dan ketepikan.

2) Beras pulut yang dicuci bersih direndamkan bersama

santan dan sedikit

garam selama 15 minit.

3) Setelah itu, masukkan beras pulut tadi ke dalam perut sotong dan

cucukkan kepalanya dengan lidi.

4) Ulang langkah yang sama sehingga semua sotong habis.

5) Seterusnya, rebuskan sotong tadi bersama lebihan santan yang digunakan

untuk merendam beras pulut tadi dan masukkan gula melaka.

keropok lekor













KEROPOK LEKOR aka KEPOK LEKOR

Bahan
500 gm ikan selayang/parang/tamban
500 gm tepung sagu
garam secukupnya
sedikit kiub ais

Cara membuat
1. Ambil/kikiskan isi ikan, buangkan tulangnya.
2. Tumbuk atau blend halus isi ikan sambil dibubuh garam.
3. Campur juga sedikit kiub ais semasa melakukan proses ini.
4. Kemudian bubuh tepung sagu secukupnya sambil diuli menjadi doh yang
kenyal [kental].
5. Ambil sebuku kecil adunan ini dan kepalkan.
6. Gelekkan supaya menjadi saperti sebatang kayu.
7. Jerang air hingga mendidih dan masukkan keropok ke dalamnya.
8. Bila keropok timbul, angkat dan sejatkan di dalam penapis.
9. kemudian keropok lekor sedia dihidangkan.

Jika anda meminati keropok lekor yang goreng, anda boleh mengorengnya dengan memasukkannya kedalam minyak panas dan angkatnya jika telah kembang.
Cubalah sendiri.. sedapnyer!!

Friday, June 25, 2010

Nasi Dagang






CARA MEMBUAT NASI DAGANG

Bahan-Bahan:

1 cawan beras pulut
3 cawan beras biasa
1 biji kelapa (saiz agak besar)
10 ulas bawang merah
1 ruas jari halia
1 camca halba
2 sudu besar gula
Garam sedikit rasa Kelapa hendaklah di ambil dan diasingkan santan pekat dan santan cair

Cara memasak:
1. Bawang merah, halia yang telah dihiris halus, halba, gula dan garam dimasukkan ke dalam santan pekat ( Beras pulut dan beras biasa dicampurkan bersama dan direndam dengan air sejuk selama 6 jam. Kemudian basuh bersih dan toskan ).
2. Panaskan air dalam periuk kukus hingga mendidih. Kukus beras sehingga 3/4 masak. Angkat dan tuang beras ke dalam bekas. Gaul beras dengan santan cair hingga rata. Kemudian kukus sekali lagi hingga masak.
3. Angkat dan tuang beras ke dalam bekas. Kali ini gaul dengan santan pekat yang bercampur dengan bahan hirisan/mayam dan perasa hingga rata dan sebati.
4. Nasi tidak perlu dikukus lagi.

CUBALAH!!!