Pages

Showing posts with label pendahuluan. Show all posts
Showing posts with label pendahuluan. Show all posts

Sunday, June 20, 2010

daerah daerah di terengganu

PENGENALAN TERENGGANU KITA




assalamualikum dan salam sejahtera, pada kali ini saya akan bekongsi dengan anda tentang daerah daerah di negeri terengganu.

Negeri Terengganu Darul Iman adalah salah sebuah negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia terletak diantara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan lintang 4 hingga 5.50. Di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadan dengan Pahang.

Keluasan negeri Terengganu sekarang kira-kira 1,295,638.3 hektar / 1,295,512.1 hektar. Jaluran pantainya menganjur sejauh 225 kilometer dari Utara ( Besut ) ke selatan ( Kemaman ). Sebelum tahun 1947 terdapat sembilan daerah di Terengganu;Kuala Terengganu, Kemaman,Kemasik, Paka, Dungun, Marang, Hulu Terengganu, Besut dan Setiu. Daerah dalam negeri Terengganu dikurangkan kepada enam:

Kuala Terengganu,

Kemaman,

Dungun,

Marang,

Hulu Terengganu

dan Besut.

Kemudiannya pada 1 Januari 1985, sebuah daerah baru iaitu Setiu telah dibentuk dan menjadikan daerah ketujuh di Negeri Terengganu.

Tiap-tiap daerah ini ditadbirkan oleh Pegawai Daerah. Keluasan daerah tersebut adalah: Kuala Terengganu 60,654.3 hektar; Kemaman, 253,559.9 hektar; Dungun, 273,503.1 hektar; Marang, 66,654.3 hektar; Hulu Terengganu, 387,463.6 hektar, Setiu, 130,436.3 dan Besut, 123,367.8 hektar. Bandar-bandar utama di Terengganu adalah Bandar Kuala Terengganu (ibu negeri), Chukai, Kuala Besut, Rantau Abang dan Kuala Dungun.






Sunday, June 13, 2010

Terengganu ku










Asslamualikum dan salam satu malaysia ke pada rakan rakan.. saya Muhamad Hairil Syukri bin Ibrahim akan bersama2 dengan anda semua untuk berkongsi tentang keindahan terengganu iaitu tempat kelahiran saya sendiri.


Pada mulanya saya masuk ke salah sebuah kolej di Seremban, ada pengajar saya yang berbangsa india bertanyakan kepada kami semua. 'siapakah yang berasal dari Terengganu??
saya dan lima orang rakan yang lain pun mengangkat tangan dan saya menyatakan saya asal dari Kemaman dan yang lain pon menjawab ada yang berasal dari Dungun, Marang dan Kuala Terenganu.

Pengajar saya pun cakap 'Terengganu is da best' dia pernah berkhidmat di sebuah kolej kejururawatan terengganu selam lima tahun. dia sangat teruja dengan terengganu kerena penduduknya peremah, walaupun pengajar saya tu berbangsa india. orang Terengganu sangat menghormati beliau. beremang bulu rolma saya ketika dia memuji Terengganu..

selain itu dia menyatkan tere ngganu ni mempunyai tempat tempat yang menari dan dan indah. Semasa dia berkerja di terengganu dia menganggap terengganu amat tenang berbanding dengan negeri negeri yang lain yang pernah didudukinya. Dia sangat sedih kerana terpaksa meninggalkan Terengganu kerana terpaksa berkhidmat di negeri sendiri iaiti di Negeri Sembilan..

Itu adalah salah satu pengalaman pengajar saya semasa berkhidmat di negeri terengganu.
selepas daripada kelas itu, ada rakan rakan di negei terengganu yang bertanyakan kepada saya betulkah apa yang dicakapkan oleh pengajar kita tadi?? saya menjawab, "datanglah ke negeri terengganu dan cuba alaminya sendiri pengalaman tersebut."