Pages

Wednesday, November 11, 2015

Bercuti di Padang Indonesia 2015

salam,
 pada 27 hingga 30 Oktober 2015,

aku dan kakak aku  bercuti di padang, dan bukit tinggi 4H 3M
2 malam di bukittinggi dan 1 malam di padang
beli tiket dah taun lepas, naik AA, TAMBANG PERGI BALIK RM100, kemudian cmpur tax RM32
Xsangka jarak perjalanan hanya memakan masa dalam 1 jam, cuma masa akt KLIA2 lama sebab tunggu turn flight nak terbang.haha

aku amek pakej, cuma RM600/pax = RM1200 untuk 2 org, n
 tambah RM50 unuk tips kepada pemandu, kira murah la kan,
masa nak pergi tu lama jugak la duk cari, tapi sebab keselamatan akak aku nie, 
so, aku pk baik amek pakej, senang, xpayah nak pk apa dah, nie skali dengan hotel n makan kat restoren n kedai biasa, haha kos pengakutan,
siap naik avanza lagi untuk dua orang, rasa hebat sgt,haha
padahal boleh muat dalam 7 orang

waktu aku pegi nie masa keadaan Malaysia dan Indonesia tengah berjerebu, tapi aku gigih jugak nak pergi sebab sayang nak kasi tiket burn, tapi alhamdulilah la, jerebu dah kurang masa tue, n tourism guide aku kata skrg nie, pelancong Malaysia ramai yang cancel lawatan sebab jerebu,huhu
so, aku simple kan aku punya lawatan dengan gambar jek,


jangan lupa international charger
 duit aritu bawa 1.5 juta jer n duit malaysia RM200. Alhamdulillah, cukup
beg sulam lebih kurang RM18
tengok dorang buat sulam goyang, pakai mesin jahit manual,, gigih
hampir 20 hari siap untuk sepasang baju sulam
makan kat mana tah, 30ribu 4 biji kueh, teh and kopi free
 istana silindung bulan, singgah kejap
 semasa rehat kat danau singkakang, ada bibik jual kirini, rm2 sebiji, siap skali ngan kupas, nice
 kalo pegi indon mesti kena minum jus alvocado
 butik pandai sikek, murah jugak barang dia
 panggerang city hotel,padang. 
bilik  luas dari bonda hotel kat bukittinggi, tapi poor internet and makanan dia x varity mcm bonda hotel bukittinggi
 pemandu merangkak tourism guide kami, nama dani, umo 28, bujang
 lupa tah apa makanan nie, dekat padang
restoren dia, warung kito

kesimpulan :
ok lah lawatan kali ini ke padang, ini kali pertama aku jejak kaki ke padang, not bad, syurga membeli belah selain daripada bandung dan jakarta, kain nya banyak yang jenis sulam-sulam

tapi kami xberapa seronok sebab tourism guide banyak pergi butik, dapat komisen kot, beli kat sana mcm xbanyak pilihan, last skali masa second day, baru dia bawak pergi pasar atas,
 tu baru lah apsar tempat shopping baju, kain sulam, banyak pilihan, waktu tu dah petang, dalam pukul 6pm. banyak kedai dah nak tutup, n last day kat bukittinggi kami repeat lagi pergi berbelanja.haha
dalam 2jam setengah dekat situ sebelum balik ke hotel n pergi padang untuk transit sebelum balik KL
yang aku respect orang sana kalo kita berbelanaj suka bagi last price n kita xpayah nak merayu tawar menawar harga, terutamanya kain sulam. n kalo kain batik tu atas kita lah tawar harga, palin murah boleh dapat RM13. kira ok la kan, xder paksa paksa suruh beli, kadang kadang dorang merayu mintak beli kain kat kedai dorang, haha

dorang tahu kita banayk duit kan. n jangan bimbang, duit malaysia juga di terima disini
masa aku pergi aritu aku tukar 1 juta dekat Alor Setar boleh dapat dalam RM313
esok nak tukar lagi dah dorang amek RM314 untuk 1 juta.. kira ok la kan
waktu tu duit Malaysia tengah turun, 
masa tahun 2012 Aku pergi indon, aku boelh dapat RM270 untuk 1 juta x silap aku.

tourism guide aku ni mcm x banyak cakap.. aku pon xberapa nak tanya banyak la.

Tuesday, June 29, 2010

Nasi Lemak

NASI LEMAK CARA KITA




Nasi lemak merupakan juadah makanan harian antara yang paling digemari oleh masyarakat Malaysia hari ini.. tak kiralah pelbagai kaum, semua meminati nasi lemak.. kalau di Kuala Lumpur, Nasi Lemak Antarabangsa adalah nasi lemak yang paling popular disana, pelbagai lauk pauk yang disediakan seperti sambal kerang, sambal rendang, ayam goreng dan sebagainya menjadi pelengkap nasi lemak disana.





Berbeza dengan nasi lemak di Terengganu, nasi lemak yang paling sedap dan sesuai dimakan bersama “ikan aya” atau dikenali sebagai ikan tongkol, inilah nasi lemak cara Terengganu, sesuai dimakan pada waktu sarapan pagi dan waktu makan malam.. ini kerana Terengganu kaya dengan hasil laaut seperti ikan, maka tidak hairanlah ikan antara lauk menu makanan masyarakat Terengganu.







Mengimbau kembali pengalaman berada di negeri orang, saya makan nasi lemak, tetapi rasa macam tidak lengkap nasi lemak tersebut.. saya cari, di manakah kekurangan tersebut, rupa rupanya nasi lemak tidak dihidangkan sekali dengan ikan tongkol, hairan dibuatnya, biasanya kalau makan nasi lemak mesti ada ikan tongkol.. lama kelamaan saya faham.. tak semua tempat nasi lemaknya di makan dengan ikan, hanya di Terengganu saja masyarakatnya makan nasi lemak dengan ikan tongkol, saya bagi tahu rakan yang berasal dari Klang, di kata agak pelik nasi lemak dimakan dengan ikan.. ni la dikatakan perbezaan cara penyediaan makanan. Masyarkat di negeri luar lebih gemar makan nasi lemak dengan ayam goreng, pelbagai sambal udang mahupun sotong dan telur mata.. maka tidak hairanlah nasi lemak tersebut boleh mencapai harga lebih daripada RM5.00. berbeza dengan masyarakat Negeri Terengganu hanya makan dengan ‘simple’.
Saya bukan nak kata Terengganu bagus atau tempat lain tak bagus. Tapi saya hormati perbezaan yang terdapat dalam menu nasi lemak.. Inilah cerita nasi lemak saya…