Pages

Saturday, June 26, 2010

Tempat Menarik di Dungun

TANJUNG JARA





Saksikan ketenangan Laut China Selatan, saat anda berada di pantai dengan pasir halus di sini. Terletak berdekatan Laut China Selatan, Pantai Tanjung Jara mempunyai kawasan pasir halus keemasan yang menarik. Alami pengalaman luar biasa melihat matahari naik serta terbenam dengan hembusan lembut bayu laut di wajah anda. Pantai ini juga lokasi menarik untuk luncur air, menaiki bot, kayak, menyelam dan pelbagai sukan air lain. Penyu turut datang ke kawasan pantai ini sewaktu musim penyu bertelur antara bulan-bulan Mei hingga September.



Tips

Saksikan penyu di malam hari antara bulan Mei dan September apabila penyu-penyu naik ke pantai untuk bertelur.

Pengangkutan

Bas
Beli tiket bas di Stesen Bas Putra, tiket Kuala Lumpur ke Dungun, Terengganu. Bas tempatan: Ambil bas dari stesen bas Dungun ke Tanjung Jara.

Kereta
Jika anda memandu dari Kuala Lumpur, gunakan lebuh raya timur (lebuh raya Karak) ke arah Kuantan. Masa perjalanan sekitar 3½ jam. Setelah anda tiba di Kuantan, ikut arah timur laut di lebuh raya 3 (pesisiran pantai) hingga sampai di Dungun. Dari Kota Baharu pula, ikut arah selatan menggunakan lebuh raya 3 (pesisiran pantai) hingga tiba di Chukai.

Kapal Terbang
Terdapat penerbangan ke Kuala Terengganu menggunakan pesawat Malaysia Airlines dan Air Asia. Dari lapangan terbang, ambil teksi ke Tanjung Jara.

Talian Untuk Dihubungi
Hubungi Pusat Maklumat Pelancongan Terengganu di tel: 609-622 1553







Penginapan
Terdapat beberapa kemudahan penginapan di kawasan ini mulai hotel bertaraf 4 bintang ke hotel bajet, villa dan pelbagai pilihan untuk pengunjung ke sini.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment