Pages

Sunday, June 20, 2010

Daerah di Terengganu.. Dungun


Dungun merupakan sebuah daerah dalam negeri Terengganu. Namanya dipercayai berasal daripada nama pokok Dungun, sejenis pokok yang banyak tumbuh di kawasan paya air tawar. Dungun dipercayai telah dibuka oleh pendatang dari Pagar Ruyung, Sumatera, berdasarkan:

* Kebanyakan orang Dungun pada suatu masa dahulu berasal dari Kepulauan Indonesia
* Nama kampung-kampung di Dungun juga terdapat di Indonesia, umpamanya Kampung Binjai, Kampung Bemban, Kampung Gombang dan sebagainya.

Bandar Dungun bandar tersohor di zaman kegemilangan aktiviti perlombongan di Bukit Besi.Bukit Besi berkeluasan 1618 hektar terletak dalam Mukim Besul merupakan “Lombong Bijih Besi Terbuka” terbesar di Asia Tenggara antara tahun 1929 hingga 1960an.

lagu Dungun Membangun
NTRO (SUARA RAMAI):
Dungun…..Dungun…..Dungun Membangun,
Dungun…..Dungun…..Dungun Membangun.

SUARA SOLO LELAKI:
Dari nama sejenis pepohon,
Dari jejak perintis Tok Hitam Tambun,
Pengorbanan Jusoh Kumpal satria,
Mengalir perjuangan tebus Merdeka.
Mendidih semangat, berdegup jantung,
Nama yang keramat, bumi ku Dungun.

KORUS (SUARA RAMAI):
Dungun…..Dungun…..Dungun Membangun,
Dipayungi negeri yang kita junjung,
Memahat sejarah, mencipta tamadun,
Terengganu Bestari, Dungun Membangun.
Marilah berpadu dan teguhkan Barisan,
Kita hapus kedaifan dengan Gelombang,
Zaman Gelap yang parah dan berganti terang,
Jangan diulang perit tersalah pilihan.

Dungun…..Dungun…..Dungun Membangun,
Dungun…..Dungun…..Dungun Membangun.

SUARA SOLO PEREMPUAN :
Kepada petani, penternak dan nelayan,
Rasa perubahan tak pernah dimimpikan,
Ada KETENGAH, FELDA dan FELCRA,
Jalan-jalan dibina, ibarat membelah desa.
SUARA SOLO LELAKI:
Sura dan Paka tak macam dulu,
Bukit Besi tak sepi, Rantau Abang tak sayu,
Arked MARA ada, jambatan baru dibina,
Hospital ditegak, kita jauh berubah.

ULANG KORUS (SUARA RAMAI)
SUARA SOLO LELAKI :
Wahai saudara jangan taksub pandangan,
Lihatlah masjid dan rumah di semua kawasan,
Basmi kemiskinan menjadi kewajiban,
Kebajikan warga, kami tak abaikan.

SUARA SOLO PEREMPUAN :
Bantuan pelajaran banyak ku terima,
MRSM dan UITM ditingkatkan juga,
Sekolah Imtiaz dan pelajaran agama,
Dungun Membangun, penuh jiwa dan raga.

ULANG KORUS (SUARA RAMAI)
SUARA LELAKI DAN PREMPUAN:
Inilah kemajuan yang kita capai,
Banyak lagi yang belum selesai,
Rimba Bukit Bauk kini lestari,
Bandar Baru Kumpal menunggu dirasmi.

ECER pasti bawa limpahan,
Dungun Membangun, inilah kenyataan
Perjuangan untuk rakyat tiada batasan,
Ayuh,…. Bersatu kita dalam Barisan!
ULANG KORUS (SUARA RAMAI):
(DENGAN TEPUKAN TANGAN).


Inspirasi perjuangan
YBhg Datuk (Dr.) Haji Rosli Mat Hassan
Ilham lagu dan gubahan bersama
Shahrom Md Dom
serta nyanyian
Ku Sham & Zaira

No comments:

Post a Comment