Assalamuaikum dan salam sejahtera. Kali ini saya ingin menceritakan kepada anda pengalaman saya bercuti ke tempat tempat menarik di sekitar Terengganu. Seperti Kuala Terengganu, saya telah menunggang motosikal ke Kuala Terengganu.
Bukan seorang diri tetapi ditemani rakan rakan. Saya menungang motorsikal seorang diri dari kemaman hingga ke dungun keran kawan saya telah menunggu disana untuk meneruskan perjalanan kami ke kuala Terengganu. Kerana di Kuala Terengganu kami di temani atau di jemput oleh seorang lagi rakan yang berada disana. Rumahnya yang berada di gong badak, jadi saya dan kawan saya tidak tahu sangat jalan jalan Kuala Terengganu nie, dan menyuruh lah dia menjemput kami berhampiran dengan stadium runtuh kebanyakan orang panggil..heehe iaitu Kompleks Sukan Gong Badak..
Lama la jugak menunggu rakan saya menjemput kami disana . saya dan wang, rakan saya dari Dungun tu pun mengambil la gambar berdekatan dengan stadium tersebut..humm.. cantik jugalah pemandangan disana dapa tyengahari tersebut dalam 1.00 tengahari .. huh.. sayang stadium yang dibina seusia dengan stadium sarang burung di Beijing semperna sukan olilmpik telah rebah menyambah bumi.. dalam 30 minit macam tu, kawan saya bernama hifnipon tiba, dia meembawa kami kerumahnya yang berada tidak jauh dari situ berdekatan dengan UDM (UNIVERSITI DARUL IMAN MALAYSIA)
Antara gambar yang telah diedit mengambarkan keadaan stadium tersebut.. lawaknyer!!!
Selepas berborak. Perut kami terasa lapar kemudian kami ke kedai makan yang berdekatan disana lupa lah nama foodcort tersebut. Saya pun mengambil nasi campur dengan lauk ikan golek.. yum2.. lama x makan ikan golek..hehe… saya order air milo ais, tapi makcik kedai tu cakap”milo ais tak dop disini. Milo ping ade la.. ” adeh! Nakal sungguh makcik ni..huhu
Selepas makan kami pun plan la nak kemana dulu.. hari pun beransur petang, kami pun pergi tempat yang mula mula iaitu Masjid Kristal di Pulau Wan Man. Disana, saya dapat melihat keindahan masjid yang selama ini hanya dapat dilihat melalui televisyen sahaja. Tapi kali ini saya menjejaki sendiri ke masjid tersebut. Saya tidak melepaskan peluang untuk snap snap berlatar belakang masjid tersebut.
Masjid Kristal siap dibina pada tahun 2007 semasa pemerintahan Tun Adbullah Ahmad Badawi iaitu Perdana Menteri Malaysia ketika itu, dengan masjid ini dibina sekali dengan Taman Tamadun Islam.. ini menjadikan salah satu mercu tanda Terengganu dan menjadi tempat tarikan yang terbaru jika anda mnjejakkan diri ke terengganu atau Kuala Terengganu secara khususnya.
Selepas mengambil gambar di sekitar dan di dalam masjid kami pun menjeguk disekitar Taman Tamadun Islam . kami tidak berhasrat untuk masuk ke dalam taman tersebut kerana kesuntukan masa dan mahu melawat tempat seterusnya iaitu Muziun Negeri Terengganu.
Ini adalah sebahagian foto yang sempat saya snap snap da hari tersebut
Jam menunjukan hampir pukul 5 petang.. alamak…. Kami tidak di benarkan untuk melawat ke dalam muzium tersebut kerana muzium tersebut akan tutup, kami hanya dibenarkan masuk untuk melawat di bahagian luar perkarangan muzium tersebut. Saya juga sempat snap snap gambar berlatar belakang keretapi untuk perlombongan biji timah yang di pamerkan disitu.
No comments:
Post a Comment