Pages

Sunday, June 20, 2010

Daerah di Terengganu.. Hulu Terengganu





Hulu Terengganu atau Ulu Terengganu merupakan sebuah daerah yang agak terpencil di negeri Terengganu namun mula dikenali setelah adanya projek hidroelektrik Kenyir. Kini tasik buatan manusia itu amat dikenali sebagai destinasi perlancongan.

Namun begitu kelahiran nama Terengganu Darul Iman itu sendiri ada kaitan yang sangat rapat dengan Hulu Terengganu. Ini kerana Batu Bersurat Terengganu yang menyatakan daerah ini yang mula-mula menerima Islam di Terengganu malah di Malaysia. Ia dijumpai di Kg. Buluh iaitu sebuah kampung di Hulu Terengganu.

Kuala Berang merupakan pekan paling dikenali di Hulu Terengganu. Masyarakat di sini lebih bertumpu di sini dalam urusan harian kerana pusat pemerintahan daerah di jalankan di sini. segala macam pembangunan sudah diperlihatkan oleh Kuala Berang untuk menggambarkan Hulu Terengganu tidak sama seperti hulu di tempat lain kerana lazimnya hulu itu di ketahui akan terpencilnya sesuatu kawasan itu. Pada masa kini rakyat Hulu Terengganu telah menjadi perwakilan diperingkat persekutuan Malaysia dengan memegang jawatan Timbalan Menteri pelajaran iaitu Datuk Razali ismail Ahli parlimen Kuala Terengganu berasal dari Kuala Berang dalam kawasan Hulu Terengganu.

Kebanyakan masyarakat di sini adalah petani. Namun kini ramai yang beralih arah kepada menjadi peniaga.

Mukim

Terletak kira-kira 40 Km dari pusat bandar Kuala Terengganu. Meliputi kawasan seluas 53.40 kilometer persegi dan merangkumi tiga mukim iaitu Mukim Kuala Berang, Mukim Tanggol dan Mukim Penghulu Diman. Pada 18 Julai, 1996 satu pengwartaan semula dibuat yang mana seluruh daerah Hulu Terengganu ialah seluas 3,874.63 kilometer persegi menjadi kawasan Pihak Berkuasa Tempatan ( Majlis Daerah Huru Terengganu ).

Kini ia merangkumi tujuh mukim iaitu Mukim Kuala Berang, Mukim Tanggol Mukim Tersat, Mukim Penghulu Diman Mukim Jenagor, Mukim Hulu Telemong dan Mukim Hulu Berang. Manakala keluasan kawasan operasi Majlis Daerah Hulu Terengganu adalah seluas 53.40 km persegi. Kawasan Pentadbiran pula seluas 3,821.23 km persegi.

Jumlah penduduk (mengikut bancian tahun 2000) ialah seramai 74,918 orang berbanding 3,586 orang ( mengikut bancian tahun 1970 ) pada awal penubuhannya.

No comments:

Post a Comment