Pages

Tuesday, June 29, 2010

Nasi Lemak

NASI LEMAK CARA KITA




Nasi lemak merupakan juadah makanan harian antara yang paling digemari oleh masyarakat Malaysia hari ini.. tak kiralah pelbagai kaum, semua meminati nasi lemak.. kalau di Kuala Lumpur, Nasi Lemak Antarabangsa adalah nasi lemak yang paling popular disana, pelbagai lauk pauk yang disediakan seperti sambal kerang, sambal rendang, ayam goreng dan sebagainya menjadi pelengkap nasi lemak disana.





Berbeza dengan nasi lemak di Terengganu, nasi lemak yang paling sedap dan sesuai dimakan bersama “ikan aya” atau dikenali sebagai ikan tongkol, inilah nasi lemak cara Terengganu, sesuai dimakan pada waktu sarapan pagi dan waktu makan malam.. ini kerana Terengganu kaya dengan hasil laaut seperti ikan, maka tidak hairanlah ikan antara lauk menu makanan masyarakat Terengganu.







Mengimbau kembali pengalaman berada di negeri orang, saya makan nasi lemak, tetapi rasa macam tidak lengkap nasi lemak tersebut.. saya cari, di manakah kekurangan tersebut, rupa rupanya nasi lemak tidak dihidangkan sekali dengan ikan tongkol, hairan dibuatnya, biasanya kalau makan nasi lemak mesti ada ikan tongkol.. lama kelamaan saya faham.. tak semua tempat nasi lemaknya di makan dengan ikan, hanya di Terengganu saja masyarakatnya makan nasi lemak dengan ikan tongkol, saya bagi tahu rakan yang berasal dari Klang, di kata agak pelik nasi lemak dimakan dengan ikan.. ni la dikatakan perbezaan cara penyediaan makanan. Masyarkat di negeri luar lebih gemar makan nasi lemak dengan ayam goreng, pelbagai sambal udang mahupun sotong dan telur mata.. maka tidak hairanlah nasi lemak tersebut boleh mencapai harga lebih daripada RM5.00. berbeza dengan masyarakat Negeri Terengganu hanya makan dengan ‘simple’.
Saya bukan nak kata Terengganu bagus atau tempat lain tak bagus. Tapi saya hormati perbezaan yang terdapat dalam menu nasi lemak.. Inilah cerita nasi lemak saya…


1 comment:

  1. sellau mkn nasi lmak dgn tler or ikan bilis..
    bila mrantau kat ngeri org baru la dpt rasa mskan yg lain2 sikit :P

    ReplyDelete