Pages
▼
Saturday, June 26, 2010
keropok lekor
KEROPOK LEKOR aka KEPOK LEKOR
Bahan
500 gm ikan selayang/parang/tamban
500 gm tepung sagu
garam secukupnya
sedikit kiub ais
Cara membuat
1. Ambil/kikiskan isi ikan, buangkan tulangnya.
2. Tumbuk atau blend halus isi ikan sambil dibubuh garam.
3. Campur juga sedikit kiub ais semasa melakukan proses ini.
4. Kemudian bubuh tepung sagu secukupnya sambil diuli menjadi doh yang
kenyal [kental].
5. Ambil sebuku kecil adunan ini dan kepalkan.
6. Gelekkan supaya menjadi saperti sebatang kayu.
7. Jerang air hingga mendidih dan masukkan keropok ke dalamnya.
8. Bila keropok timbul, angkat dan sejatkan di dalam penapis.
9. kemudian keropok lekor sedia dihidangkan.
Jika anda meminati keropok lekor yang goreng, anda boleh mengorengnya dengan memasukkannya kedalam minyak panas dan angkatnya jika telah kembang.
Cubalah sendiri.. sedapnyer!!
No comments:
Post a Comment